Tuesday, June 17, 2008

‘Laser mouths’ leave minister speechless

We Malaysians are known for our hospitality and general ramah-tamah kind of people. However, that does not mean the we would allow ourselves to be pushed around... This is a sign of good things to come. Especially the younger generations...

CnP from The Star and thanks to UltraIman for the heads up!

ALOR STAR: Youth and Sports Minister Datuk Ismail Sabri Yaakob was left speechless at a dinner meeting after several leaders started questioning him on his call for Datuk Mokhzani Mahathir to step down as Sepang International Circuit (SIC) chairman.

The youths, most of them Umno and Belia 4B members, were at a meeting held in Sungai Petani on Friday night.

Ismail had said that it was only proper that Mohkzani relinquished his post, as he was no longer an Umno member.

Jalan Badlishah Umno Youth branch chief Ridzuan Omar questioned Ismail’s authority for making such a call.

Well here's the link to read the full story.

Saturday, June 07, 2008


Daulat Tuanku!
Sempena Hari Keputeraan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Friday, June 06, 2008

minyak dan peninggalan untuk anak cucu

Terkejut beruk la jugak kan bila harga minyak naik sampai jadi RM 2.70/liter (naik 78 sen) dah tu kata nak naik bulan 8, alih-alih tgh mlm semalam naik. Akibatnya rakyat Malaysia yang marhaen dan baik hati ni semuanya menggelabah... panic buying, beratur bagai nak rak isi minyak, in order to save some extra RM 20 for the next couple of days. Pada aku la, takde beza pun ko isi semalam ke, 2 hari sebelum ke, hari ni ke, sebabnya harga memang akan naik dan tak boleh nak elak. So best of luck la semua adjust poket memasing!

Kesan terus pada kenaikan minyak yg super mendadak macam ombak tsunami ni adalah kenaikan pada barang2 keperluan lain. Walaupun ada kawalan harga, tetapi itu hanya sedikit dari jumlah keseluruhan barang yg kite beli. Contoh senang adalah seperti susu tepung bayi, lampin pakai buang, sabun, syampu, deodoran, ubat gigi dan byk lagi. Barang ni semua menjadi subjek kepada kenaikan kos minyak... minyak lori, minyak nak buat, dan lain-lain. Sejak saya berkeluarga 6 tahun lepas (ada yg menyangka saya masih belum berkeluarga, malahan ada yang cuba selindung yang saya telah berkeluarga... musykil) sehingga sekarang, jumlah belian mingguan di pasaraya secara amnya meningkat dari RM 80 ke 100, kemudian 130 dan sekarang mungkin mencapai RM 180 sekali berbelanja barang dapur. Alasannya pendapatan masyarakat Malaysia perkapita menunjukkan peningkatan kepada RM19,739 pada 2006. Boleh saya tanya, berapa rakyat Malaysia yang pihak kerajaan pimpinan Pak Lah temuramah? RM 19,736 ni untuk setahun, kalau bahagi 12 baru RM 1,644. Masih rendah kalau nak dibandingkan dengan kuasa membeli negara jiran. sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/?action=pendapatankapita.htm

Antara kesan terus adalah kenaikan tarif elektrik. Semua peralatan dirumah menggunakan elektrik. Peti sejuk, seterika, TV, kipas, dapur malah komputer untuk update blog ni pun pakai elektrik (kalau laptop ada bateri, but still kena charge kan bila dah habis?). Hahhaa...

Maka adalah yg dah mengeluh kesah... duit tak cukup, perbelanjaan naik, tambang bas sekolah naik, tambang LRT semua... tak dapat nak menyimpan duit... (err... ni subjektif tgk pada keluarga anda lah, macam saya memang takde saving sejak kecil... so saya saving ni untuk anak-anak saya... heheh).

Ada kawan-kawan yg masuk MLM, time ni la nak pasang ayat suruh join... hahah... ada yg bayar RM 6000, ada yg RM 3000 semuanya untuk meringankan beban hutang dan seterusnya mencapai financial independence, tahniah kepada kawan-kawan aku yg dah berjaya.

Bercakap soal financial independence ni, aku rasa la, penasihat kewangan Pak Lah ni (senang cakap, MP, Ministers, ADUN, consultants tkt 4) mereka tak pernah rasa kesusahan golongan kelas pertengahan dan kebawah... aku yg baru je nak rasa jadi golongan pertengahan pun bila minyak naik, otomatik jatuh jadi kelas bawahan balik... ahhaha. Apa kata kita paksa diorang ni semua potong gaji/elaun diorang ni semua sebagai tanda mereka memahami persukaran rakyat? setuju tak?

Jika Pak Lah biarkan keadaan ini berterusan, apa lagi yang kita boleh tinggalkan untuk anak2 kita? beli burger dgn harga RM 10 sebiji? Apa yg boleh kita wasiatkan untuk anak kita kalau diri kita sendiri takde apa-apa untuk diberikan kepada mereka? Wawasan 2020 macam dah dekat... tapi aku tak rasa hidup aku maju... terhimpit? belum lagi... tapi resah adalah, memikirkan nasib masa depan anak2 aku...